Populasi Masyarakat berketurunan India Bandar_Rinching

Orang India agak ramai di taman ini. Mereka datang dari Ladang Rinching dan Ladang Glenworie. Bandar Rinching dibina di kawasan Ladang Rinching dan Ladang Glenworie. Rumah pekerja tersebut telah dirobohkan . Kebanyakan pekerja diberi pampasan tertentu agar mereka setuju dipindahkan. Mereka tidak lagi dapat bekerja di ladang, sumber pendapatan mereka tidak ada lagi.

Oleh itu kilang-kilang telah dibina di kawasan berhampiran dan para pekerja ladang boleh bekerja di kilang-kilang. Sebenarnya ladang getah tidak menguntungkan lagi berbanding dengan pembinaan kawasan perumahan. Itulah sebabnya pemilik ladang memajukan ladang getah ini kepada projek perumahan iaitu National Land Berhad sebagai pemaju dan syarikat Rhombus Sdn Bhd sebagai Pegurus Projek.[petikan diperlukan]